Monday, 18 January 2016

SEMINAR PRAGMATIS: Perkongsian Amalan Terbaik

MAKLUMAN

SEMINAR PRAGMATIS: Perkongsian Amalan Terbaik
 

 Maklumat lanjut dan pengesahan kehadiran di
http://pragmatis.usim.edu.my
PENGENALAN
Persatuan Pegawai Tadbir dan Ikhtisas (PRAGMATIS) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) akan menganjurkan Seminar PRAGMATIS yang bertajuk Perkongsian Amalan Terbaik pada tahun 2016 bagi tujuan memberi pendedahan kepada kakitangan Pengurusan dan Profesional dalam penyediaan kertas kerja bercorak analitikal dan ilmiah. Selain itu juga, seminar ini diharapkan dapat menjadi medan perbincangan secara intelektual tentang amalan terbaik dalam pengurusan di USIM. Sehubungan itu, semua ahli PRAGMATIS adalah dijemput hadir ke program ini.
 OBJEKTIF
  1. Sebagai platform untuk memberikan pendedahan kepada Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional dalam penyediaan kertas kerja bercorak analitikal dan lebih ilmiah.
  2. Memberikan peluang kepada Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional mendapatkan keyakinan diri untuk membuat pembentangan kertas kerja di peringkat dalaman sebelum berpeluang untuk membentang kertas kerja di luar Universiti.
  3. Sebagai medan perbincangan secara ilmiah agar program perkongsian amalan terbaik dalam pengurusan dapat dijadikan budaya di Universiti ini.
 BUTIRAN SEMINAR
Tarikh : 21 Januari 2016 (Khamis)
Masa: 8.00 pagi – 5.00 petang
Tempat : Dewan Senat, Aras 3, Bangunan Canselori, USIM

ATURCARA PROGRAM
Sila klik disini untuk aturcara program
PENYERTAAN
Sila klik disini untuk mengisi borang penyertaan


No comments:

Post a Comment