Friday 22 January 2016

Seminar Pengurusan Kewangan Anda


Institute of Business Excellence (IBE) UiTM  dengan kerjasama Bank Muamalat Malaysia Berhad akan mengadakan Seminar Pengurusan Kewangan Anda yang akan diadakan seperti ketetapan berikut :
Penceramah :

1.  YBhg. Ustaz Mohd Hafiz bin Hj. Fauzi
     (Ketua Jabatan Dakwah, Wakaf dan Zakat)
     Bank Muamalat Malaysia Berhad

2.  Encik Awang Musran
     (President Kanan Bahagian Pembiayaan BMMB)
     Ibu Pejabat Bank Muamalat Malaysia Berhad

Tarikh      :   22 Februari 2016
Masa       :   8.30 pg – 2.00 ptg
Tempat    :  DK1, Aras 2, Bangunan PFI2, Fakulti Pengurusan dan Perniagaan, UiTM Puncak Alam


Masuk adalah PERCUMA.

Sehubungan itu, dengan segala hormatnya YBhg. Dato’ / Datin / Prof / Prof Madya / Dr / Tuan / Puan, dijemput hadir ke majlis tersebut. Semoga  dengan kehadiran YBhg. Dato’ / Datin / Prof / Prof Madya / Dr / Tuan / Puan, dapat menyemarakkan lagi majlis tersebut dan segala kerjasama dari  pihak YBhg. Dato’ / Datin / Prof / Prof Madya / Dr / Tuan / Puan, amat dihargai dan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.


Sila SAHKAN kehadiran YBhg. Dato’ / Datin / Prof / Prof Madya / Dr / Tuan / Puan dengan klik URL diberi.  http://goo.gl/forms/Zvyckoijcb
Masuk adalah PERCUMA.  

Maklumat lanjut, sila layari http://ibe.uitm.edu.my/v2/index.php/news-events


PRIHATIN & PROAKTIF







Monday 18 January 2016

SEMINAR PRAGMATIS: Perkongsian Amalan Terbaik

MAKLUMAN

SEMINAR PRAGMATIS: Perkongsian Amalan Terbaik
 

 Maklumat lanjut dan pengesahan kehadiran di
http://pragmatis.usim.edu.my
PENGENALAN
Persatuan Pegawai Tadbir dan Ikhtisas (PRAGMATIS) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) akan menganjurkan Seminar PRAGMATIS yang bertajuk Perkongsian Amalan Terbaik pada tahun 2016 bagi tujuan memberi pendedahan kepada kakitangan Pengurusan dan Profesional dalam penyediaan kertas kerja bercorak analitikal dan ilmiah. Selain itu juga, seminar ini diharapkan dapat menjadi medan perbincangan secara intelektual tentang amalan terbaik dalam pengurusan di USIM. Sehubungan itu, semua ahli PRAGMATIS adalah dijemput hadir ke program ini.
 OBJEKTIF
  1. Sebagai platform untuk memberikan pendedahan kepada Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional dalam penyediaan kertas kerja bercorak analitikal dan lebih ilmiah.
  2. Memberikan peluang kepada Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional mendapatkan keyakinan diri untuk membuat pembentangan kertas kerja di peringkat dalaman sebelum berpeluang untuk membentang kertas kerja di luar Universiti.
  3. Sebagai medan perbincangan secara ilmiah agar program perkongsian amalan terbaik dalam pengurusan dapat dijadikan budaya di Universiti ini.
 BUTIRAN SEMINAR
Tarikh : 21 Januari 2016 (Khamis)
Masa: 8.00 pagi – 5.00 petang
Tempat : Dewan Senat, Aras 3, Bangunan Canselori, USIM

ATURCARA PROGRAM
Sila klik disini untuk aturcara program
PENYERTAAN
Sila klik disini untuk mengisi borang penyertaan