Wednesday 5 September 2018

Dapatkan Buku Kepimpinan Pendidikan Tinggi di Malaysia


Organisasi yang mempunyai kepimpinan yang efektif mempunyai matlamat yang jelas boleh merangsang dan pekerja untuk menyumbang ke arah pencapaian organisasi yang cemerlang. Dalam konteks ini,

Majlis Persatuan Universiti Awam Malaysia (MASTI) dengan kerjasama Akademi Pendidikan Tinggi (AKEPT) telah menerbitkan sebuah buku bertajuk Kepimpinan Pendidikan Tinggi di Malaysia: Perspektif Pentadbir Universiti sempena dengan Sambutan Hari Pentadbir Universiti Awam pada 20 Ogos 2018. 
Buku ini diterbitkan susulan daripada penerbitan buku pertama berjudul, “Pentadbir Pemangkin Transformasi Universiti” yang diterbitkan oleh MASTI dengan kerjasama pihak AKEPT pada tahun 2016. Buku setebal 273 halaman mengandungi sebanyak 21 buah artikel mengikut tujuh tema iaitu berkaitan dengan persatuan, hubungan industri, media, sumber manusia, penyelidikan, perpustakaan dan fasiliti.

Artikel yang ditulis diolah dalam gaya bahasa yang mudah dan senang difahami oleh pelbagai golongan pembaca. Keunikan dan keistimewaan buku ini adalah daripada pendekatannya yang berorientasikan penyelidikan. Perkongsian ilmu mengenai kepimpinan melalui perspektif Pentadbir Universiti Awam diharapkan boleh dikongsi kepada semua terutamanya berkaitan dengan isu kepimpinan.

Kerjasama pihak AKEPT dalam penerbitan kali kedua MASTI ini merupakan satu kerjasama strategik pihak AKEPT bagi membantu mengilap peranan Pentadbir Universiti Awam supaya lebih menyerlah terutama berkaitan dengan kepimpinan. Kaedah kepustakaan dan temubual dengan pakar adalah antara dua pendekatan utama yang digunakan dalam buku ini


Dapatkan Buku Kepimpinan Pendidikan Tinggi di Malaysia | Perspektif Pentadbir Universiti 


 
Sila buat bayaran kepada:
UIAM OPERATING ACCOUNT (Akaun Amanah MASTI)
A/C No: 1407-000-000-4716 BANK MUAMALAT MALAYSIA BERHAD