Monday 7 December 2015

JEMPUTAN ANAK-ANAK STAF UiTM UNTUK MENGHADIRI SEMINAR NEURO LINGUISTIC PROGRAMMING (NLP)



Dimaklumkan bahawa Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Pejabat Pendaftar dengan kerjasama Akademi NLP Malaysia (ANM) akan mengadakan Seminar Neuro Linguistic Programming (NLP). 


Seminar ini bertujuan untuk meningkatkan jati diri, sikap dan peribadi yang unggul berasaskan penyepaduan emosi dan rohani melalui pendekatan NLP seperti mana yang disarankan oleh Yang Berhormat Menteri Pendidikan Tinggi Malaysia.

Seminar ini akan diadakan seperti berikut:

Tarikh : 11 Disember 2015 (Jumaat)
Masa         : 8.00 pagi – 6.00 petang
Tempat : Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC), UiTM Shah Alam
Bayaran : RM45.00 seorang
Pakaian : Formal

Sehubungan itu, pihak kami menjemput anak-anak YBhg. Datuk/Datin/Prof/Tuan/Puan yang berumur 16 hingga 21 tahun sebagai peserta program ini.Yuran penyertaan adalah sebanyak RM45.00 seorang (Buku NLP, Kit Seminar, Makan Pagi dan Tengahari, Sijil Penyertaan). Bayaran boleh dibuat selewat-lewatnya pada 10 Disember 2015(Khamis) sebelum jam 5.00 petang melalui salah satu dari kaedah berikut :-
i. Melalui online atas nama Bendahari UiTM (Affin Bank 105140003422 ) atau
ii.Bayar terus di Kaunter Pejabat Bendahari Zon 2 atau
iii.Cash Deposit Machine (CDM) atas nama Bendahari UiTM (Affin Bank 105140003422)
(Bukti pembayaran perlu dikemukakan di kaunter pendaftaran sebelum masuk ke dalam dewan)

Bersama ini disertakan borang penyertaan dan brosur seminar untuk rujukan YBhg Dato'/Datin/Prof/Tuan/Puan. Borang penyertaan hendaklah difakskan atau scan dan emelkan kepada saya selewat-lewatnya atau pada 10 Disember 2015 (Khamis).
Sekian, kerjasama dan sokongan pihak YBhg. Datuk/Datin/Prof/Tuan/Puan dalam merealisasikan program ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sebarang pertanyaan boleh berhubung terus dengan Pn Syikin (019-2675978) atau Pn Yuslin (012-3208412).